Pages

Thursday 1 December 2011

GST

Baca dan fahamkan..( kesimpulan dibawah adalah pandangan dan pemahaman peribadi saya shj.)

Apa itu GST? GST adalah singkatan bagi Goods & Service Tax atau dalam bahasa melayunya, Cukai Barangan & Perkhidmatan
GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ketika ini dikenakan pada kadar 5% hingga 10%.
Dalam pelaksanaan GST yang bakal diperkenalkan nanti, beberapa barangan keperluan asas pengguna dikecualikan daripada GST seperti produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air.
GST dikatakan adalah sistem percukaian yang lebih cekap kerana dikutip pada setiap peringkat .Nampak mcm bagus kalau compare SST(5 ~10%) GST(4%)
Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini. Design nmpk mcm ok jer. Semua kena tax, tp kalau pengilang/pembekal transfer tax tu pd pengguna mcmana? Sapa tahu?
Di sesetengah negara, GST turut dikenali sebagai Value Added Tax (VAT). Antara negara-negara Asia yang telah mengguna pakai sistem ini dan kadarnya masing-masing adalah China (17 peratus), Indonesia (10 peratus), Thailand (7 peratus), Singapura (7 peratus) dan Filipina (12 peratus). Kastam Diraja Malaysia dijangka akan mentadbir GST bagi pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, kerajaan dijangka akan mengumumkan paras had (threshold amount) di mana organisasi perniagaan yang jualannya tidak mencecah had tersebut tidak perlu untuk berdaftar dan mengenakan GST ke atas pelanggannya
Pelaksanaan GST adalah baik jika sekiranya kerajaan dapat mengurangkan cukai pendapatan dan korporat.
Ini kerana pembayar cukai sudah tentu terpaksa menanggung kos yang berganda, dengan lebihan pendapatan yang perlu dikenakan cukai, mereka turut perlu membayar GST dalam masa yang sama.
Negara Singapura contohnya, menggurangkan cukai pendapatan dan korporat sebaik melaksanakan GST

Dibawah ini adalah dari web rasmi KASTAM  yang akan mengurusakan GST.  rujukan:   http://www.gst.customs.gov.my/portal/page/portal/MYGSET
 Pening sikit..cubalah baca kalau blh paham.

No comments:

Post a Comment