Pages

Thursday 29 December 2011

Perjuanganku ALIF, BA, TA...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Diucapkan kepada para pembaca blog Lidah Melayu (LM). LM bukanlah seorang penulis sehebat para blogger yang lain yang mempunyai jutaan pengunjung. LM menulis kerana ingin meluahkan isi hati supaya ianya tidak terpendam dan menjadi virus KETIDAKPUASAN HATI. Ikhlas LM nyatakan walau apa yang ditulis LM tidak berasa puas sepenuhnya cuma sekadar MEMUJUK kehendak hati sahaja.

LM bukanlah diantara POLITIK TEGAR seperti blogger yang lain. Perjuangan LM hanyalah kepada BANGSA, AGAMA dan TANAH AIR itu sahaja LM cukup terkilan dengan sikap segolongan masyarakat yang sanggup menjual MARUAH NEGARA demi kepentingan sendiri. Cukup sedih dengan tindakan beberapa masyarakat yang tidak memperdulikan nilai-nilai apa itu MARUAH yang dipentingkan hanyalah bersifat keperibadian sahaja.

Disini LM berjanji dengan diri sendiri LM akan terus memperjuangan MELAYU, ISLAM dan RAJA-RAJA MELAYU demi kesejahteraan anak bangsa masa akan datang. LM percaya dalam anak cucu kita sedang membesar sudah banyak dugaan dan yang pastinya masa depan GENERASI akan datang tidak tidak bertambah terseksa walaupun hidup dinegara sendiri. LM sentiasa berdoa bahawa GENERASI MELAYU akan datang tidak MENUMPANG HIDUP DINEGARA SENDIRI itulah yang LM PERJUANGKAN.

Ini lah tugas kepada PEMIMPING tidak kira apa jawatan sekalipun PERJUANGAN yang IKHLAS balasannya amatlah besar.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. ( Surah An-Nisaa ayat 58 )"


Ayat ini turun semasa Nabi bercadang untuk menyerahkan kunci Kaabah yang dijaga oleh “penjaga turun temurun” (sejak zaman jahiliyyah lagi) kepada penjaga lain yang baru. Allah menyuruh Nabi s.a.w. memulangkan kepada penjaganya yang asal.
Hadith Nabi s.a.w. tentang amanah:
Tidak sempurna iman
·         Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
·         Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
·         Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Inilah yang dapat LM nyatakan untuk penutupan tahun 2011, semoga rakyat MALAYSIA dapat hidup aman dan sejahtera hingga hari kiamat ... InsyaAllah...LM yakin tahun 2012 adalah tahun paling MENCABAR bagi semua rakan BLOGGER dan SLURUH RAKYAT MALAYSIA...

Sekian untuk tahun 2011
Lidahmelayu30@gmail.com

No comments:

Post a Comment