Pages

Tuesday 17 January 2012

UMNO Membela Nasib MELAYU ?

Aku ada compile senarai syarikat2 korporat yang sudah dikuasai atau mempunyai kepentingan bumiputra baik secara individu2 spt Syed Mokhtar AlBukhary atau melalui badan-badan kerajaan seperti GLC,PNB,PUNB,MARA dsbnya.

PNB dan PUNB sahaja telah mengambil-alih lebih daripada 400 kompeni-kompeni besar cina yang menyebabkan Lim Kit Siang Malam dan DAP mengamuk mengecam kerajaan kononnya mengamalkan diskriminasi terhadap kaum cina.

Ini menunjukkan betapa UMNO begitu bersungguh2 berjuang membela nasib orang melayu di tanah air kita yang tercinta ini yang mana ianya memberi peluang pekerjaan kepada jutaan umat melayu kecuali hanya beberapa kerat dari parti tok lebai menyamar yang masih buta huruf buta sejarah buta hati dan buta mata yang tak nak memperakuinya.

Trademark orang melayu keje gomen orang cina berniaga dah lama berlalu..

Ribuan tidak pun puluhan ribuan anak-anak melayu sekarang bekerja di luar negara sama ada di middle east, europe, us, australia dll...mak bapak gembira anak-anak tersenyum bawak balik kereta besar dan rumah besar kat kl...jb..kat kampung...ada mak bapak yang menangis melihat kejayaan anak-anak..hasil susah payah mereka membesarkan anak-anak tidak sia-sia..menitiskan air mata gembira terharu sebak di dada bangga dengan hasil perjuangan UMNO...hidup tun Tun Dr. Mahathir..

Jgn hanya tahu mengkritik sahaja tetapi tidak melihat realiti.Ini menjadi pendorong untuk anak2 Melayu lebih berjaya lagi.


SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT YANG DIKUASAI OLEH BUMIPUTRA/KERAJAAN:

1.MAYBANK BERHAD
2.TELEKOM MALAYSIA BERHAD
3.PETRONAS BERHAD
4.TENAGA NASIONAL MALAYSIA BERHAD (TNB)
5. PUAS BERHAD
6.SYABAS BERHAD
7.GAMUDA BERHAD
8.IJM BERHAD
9. ZELAN BERHAD (FORMERLY TRONOH BERHAD)
10.######CORP BERHAD
11.DRB-HICOM BERHAD
12.EON BERHAD
13.EON BANK
14.CIMB BANK
15.AMMBANK
16.MODENAS BERHAD
17.TRADEWINDS BERHAD (FORMERLY PERNAS)
18.KLCC PROPERTIES BERHAD
19.PERBADANAN PUTRAJAYA BERHAD
20.LANDMARKS BERHAD (PEMILIK SG WANG PLAZA)
21.NAZA GROUP OF CAMPANIES
22.SYARIKAT PERUMAHAN PEGAWAI KERAJAAN (SPPK)
23.GLOMAC BERHAD
24.BANK PERTANIAN
25.BANK RAKYAT
26.BANK SIMPANAN NASIONAL
27.BANK MUAMMALAT
28.BANK ISLAM MALAYSIA
29.BANK SME
30.EXIM BANK
31.TAIPING CONSOLIDATED (PEMILIK LOT10 B.BINTANG)
32.BERNAS
33.GULA PADANG TERAP
34.CIMA CEMENT
35.PERODUA BERHAD
36.PROTON BERHAD
37.MAA INSURANCE
38.TAKAFUL IKHLAS
39.RANHILL BERHAD
40.UMW
41.HONDA MALAYSIA BERHAD
42.SAPURA AUTO (BMW DISTRIBUTOR)
43.SAPURA BERHAD
44.CELCOM BERHAD
45.AIR ASIA BERHAD (SYED MOKHTAR ALBUKHARY)
46.MMC BERHAD
47.KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR
48.KUMPULAN DARUL EHSAN SELANGOR
49.MALAYSIAN TRACTORS BERHAD
50.BUKIT NENAS TOWER
51.ACM BERHAD
52.BOUSTEAD BERHAD
53.LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TEN TERA MALAYSIA (LTAT)
81.SECURIFORCE
82.K&K KENANGA
83.ASEAMBANKERS BERHAD
84.ASEAMLEASE BERHAD
85.UEM
86.PLUS
87.HO HUP CONSTRUCTION
88.PORT TANJUNG PELEPAS (PTP)
89.KERINGAT BERHAD
90.SIME DARBY BERHAD
91.GUTHRIE BERHAD
92.MIDF
93.TTDI PROPERTIES
94.BANDARAYA DEVELOPMENT BERHAD
95.KUMPULAN LEBAR DAUN BERHAD
96.ISLAND & PENINSULAR
97.HIGHLAND & LOWLAND BERHAD
98.SRIWANI BERHAD
99.ATLAN HOLDING
1OO.AIROD BERHAD
101.MALAYSIAN AIRPORT BERHAD (MAHB)
102.SENAI AIR PORT
103.JOHOR PORT
104.UDA BERHAD
105.AMCORP BERHAD
106.SUTRA TRAVEL & TOURS
107.TRIWAYS TRAVEL & TOURS
108.PECD BERHAD
109.IJN BERHAD
110.NADICORP BERHAD
111.KUB BERHAD
112.KPJ JOHOR
113.SP SETIA
114.GUTHRIE PROPERTIES
115.ROTI GARDENIA
116.SMART TUNNEL BERHAD
117.MALAKOFF BERHAD
118.GAS MALAYSIA BERHAD
119.MPH Bookstore
120.VADS BERHAD
121.LINKEDUA BERHAD
122.PUTRA LRT
123.STAR LRT
124.RAPID KL BERHAD
125.HEI TECH PADU BERHAD
126.TABUNG HAJI BERHAD
127.BERITA PUBLISHING BERHAD
128.MEDIA PRIMA BERHAD
129.MRCB BERHAD
130.FELDA BERHAD
131.UNIASIA INSURANCE
132.Auto Prominence (M) Sdn Bhd
133.Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd
134.Directional (Malaysia) Sdn Bhd
135.Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS)
136.Euro Truck & Bus (Malaysia) Sdn Bhd
137.HICOM Diecastings Sdn Bhd
138.HICOM Engineering Sdn Bhd
139.HICOM-HONDA Manufacturing (M) Sdn Bhd
140.HICOM-Teck See Manufacturing (M) Sdn Bhd
141.HICOM-Yamaha Manufacturing Malaysia Sdn Bhd
142.HICOMOBIL Sdn Bhd
143.Honda Malaysia Sdn Bhd
144.Isuzu Malaysia Sdn Bhd
145.Malaysian Truck & Bus Sdn Bhd
146.Oriental Summit Industries Sdn Bhd
147.PHN Industry Sdn Bhd
148.Scott & English (Malaysia) Sdn Bhd
149.Siemens VDO Instruments MY Sdn Bhd
150.Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd
151.Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn. Bhd
152.TRW Steering & Suspension (M) Sdn Bhd
153.USF-HICOM (Malaysia) Sdn Bhd
154.ZF Steerings (M) Sdn Bhd
155.Alam Flora Sdn Bhd
156.DRB-HICOM Information Technologies Sdn Bhd
157.Glenmarie Golf & Country Club
158.HICOM Communications Sdn Bhd
159.HICOM Network Services Sdn Bhd
160.HICOM Teleservices Sdn Bhd
161.HICOM United Leasing Sdn Bhd
162.Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur
163.KL Airport Services Sdn Bhd
164.Kenyir Lakeview Resort
165.Multi Automotive Service and Assist Sdn Bhd
166.Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd
167.Scott & English Electronics Sdn Bhd
168.Rebak Marina Resort
169.Uni.Asia General Insurance Berhad
170.Uni.Asia Life Assurance Berhad
171.Comtrac Sdn Bhd
172.Glenmarie Cove Development Sdn Bhd
173.HICOM Facility Management Bhd
174.HICOM Properties Sdn Bhd
175.HICOM Tan & Tan Sdn Bhd
176.HICOM-Gamuda Development Sdn Bhd
177.Imatex Berhad
178.Horsedale Development Berhad
179.Kenyir Splendour Berhad
180.Proton City Development Corporation Sdn Bhd
181.Rebak Island Marina Berhad
182.DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd
183.Johor Tenggara Oil Palms
184.Tradewinds (M) Bhd's plantation
185.Central Sugars Refinery Sdn Bhd
186.MCIS Safety Glass Sdn Bhd
187.Tradewinds Hotels and Resorts Sdn Bhd
188.Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur
189.Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Sarawak
190.Hilton Kuching
191.Hilton Petaling Jaya
192.Hotel Istana Kuala Lumpur
193.InterContinental Resort Penang
194.InterContinental West Lake Hanoi, Vietnam
195.Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
196.Mutiara Burau Bay Beach Resort, Langkawi
197.Mutiara Johor Bahru
198.Mutiara Taman Negara, Pahang
199.InterContinental West Lake Hanoi
200.InterContinental Hotels Group
201.Mutiara Beach Resort Penang
202.Mutiara-TCB Hotel Management Sdn Bhd
203.Tradewinds Corporation Berhad
204.Menara Tun Razak
205.Kompleks Antarabangsa
206.PRISM Security Management Sdn Bhd
207.Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd
208.Nepline Berhad
209.MPH Group (Malaysia)
210.GIIG Holdings Sdn Bhd
211.Tradewinds International Insurance Brokers Sdn Bhd
212.POIS Sdn. Bhd.
213.Tradewinds Travel & Tours Sdn Bhd
214.Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd
215.Kempas Edible Oil Sendirian Berhad
216.Sime Darby Edible Products Limited
217.Morakot Industries Public Company Limited
218.Sime Aerogreen Technology Sdn Bhd
219.Sime UEP Properties Berhad
220.East 12, KLGCC
221.Sime Darby Property Group's Hospitality and Property Management
222.Sime Darby Heavy Equipment Group
223.Tractors Malaysia Holdings Berhad
224.Tractors Singapore Ltd
225.Auto Bavaria
226.Ford Malaysia Sdn Bhd
227.Ford Concessionaires Sdn Bhd
228.Land Rover Malaysia
229.Hyundai Sime Darby Motors Sdn Bhd
230.Inokom Corporation Sdn Bhd
231.Sime Darby Auto Italia Sdn Bhd
232.Performance Motors Limited
233.Regent Motors Limited
234.AutoFrance
235.BMW Concessionaires (HK) Limited
236.Island Motors Limited
237.Universal Cars Limited
238.Wallace Harper & Co., Ltd
239.Harper Engineering (Macau) Limited
240.Warwick Motors Limited
241.Goodwood Motors Limited
242.AutoFrance (HK) Limited
243.Sime Darby Mazda (Thailand) Limited
244.Port Dickson Power Berhad
245.JanaUrus PDP Sdn Berhad
246.Laem Chabang Power
247.Sime Darby Engineering Sdn Bhd
248.Mecomb Engineering Sdn Bhd
249.Continental Sime Tyre Sdn Bhd
250.HRG Malaysia - Sime Darby Travel
251.Sime Travel (S) Pte Ltd
252.Subang Jaya Medical Centre
253.KPJ HEALTHCARE BERHAD
254.GOLDEN Hope Plantations Bhd
255.JOHOR LAND BERHAD
256.Kulim (Malaysia) Berhad
257.Sindora Berhad
258.EPA Management Sdn. Bhd
259.New Britain Palm Oil Limited (NBPOL),
260.JOHOR SPECIALIST HOSPITAL
261.IPOH SPECIALIST HOSPITAL
262.AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
263.TAWAKAL HOSPITAL
264.DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
265.PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
266.KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL
267.BUKIT MERTAJAM SPECIALIST HOSPITAL
268.PERDANA SPECIALIST HOSPITAL
269.KEDAH MEDICAL CENTRE
270.KUCHING SPECIALIST HOSPITAL
271.SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL
272.DAMAI SPECIALIST CENTRE
273.SELANGOR MEDICAL CENTRE
274.KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL
275.SENTOSA MEDICAL CENTRE
276
Damansara Realty Berhad (DBhd)
277
TPM Technopark Sdn Bhd (TPM Technopark).
278
AQUAPRENUER SDN BHD
279
Dubois Natural Esters Sdn Bhd
280
Natural Soaps Sdn Bhd
281
Natural Alcohols Sdn Bhd
282
Asia Green Environmental Sdn Bhd
283
Skellerup Industries (M) Sdn Bhd
284
Edaran Badang Sdn Bhd
285
Ulu Tiram Central Laboratory Unit
286
Kulim TopPlant Sdn Bhd
287
JTP Trading Sdn Bhd
288
Natural Oleochemicals Sdn bhd
289
EPASA SHIPPING AGENCY
290
EXCELLENT RELATION SDN BHD
291
HC DURACLEAN SDN BHD
292
HOTEL SELESA SDN BHD
293
IPPJ SDN BHD
294
JTP TRADING SDN BHD
295
METRO PARKING SDN BHD
296
PRO OFFICE BULK MAILING
297
PRO COMMUNICATION SERVICES
298
SIBU ISLAND RESORT
299
TEPAK MARKETING SDN BHD
300
JKING SDN BHD
301
WILLIS (M) SDN BHD
302
PELABURAN JOHOR BERHAD
303
HARTA CONSULT SDN BHD
304
IPPJ Sdn Bhd
305
QSR BRANDS BERHAD
306
KFC chain of restaurants
307
Pizza Hut chain of restaurants
308
Rasa Ayamas chain of restaurants
309
Region Food Industries Sdn Bhd
310
A&W
311
GLOBAL CARRIERS BHD
312
PERWAJA STEEL SDN BHD
313
PRICEWATERHOUSECOOPERS
314
AMANAH MILLENIA FUND BERHAD
315
ANSELL (MALAYSIA) SDN. BERHAD
316
ANSELL MEDICAL SDN. BERHAD
317
ASPAC LUBRICANTS (MALAYSIA) SDN.
318
BLUESCOPE STEEL (MALAYSIA) SDN.
319
BOH PLANTATIONS SDN. BERHAD
320
BOX PAK (MALAYSIA) BERHAD
321
CABOT (MALAYSIA) SDN. BERHAD
322
CATHAY SCREEN CINEMAS SDN.
323
CENTRAL INDUSTRIAL CORPRATION
324
DUTCH LADY MILK INDUSTRIES
325
E-LOCK CORPORATION SDN. BERHAD
326
FEC CABLES (M) SDN. BERHAD
327
FEDERAL POWER SDN. BERHAD
328
GKN DRIVELINE MALAYSIA SDN.
329
GLENEAGLES HOSPITAL (KUALA
330
GLENEAGLES MEDICAL CENTRE
331
HEVEAFIL SDN. BERHAD
332
HLLS HOLDINGS BERHAD
333
HOKUDEN (MALAYSIA) SDN BERHAD
334
KESAS HOLDINGS SDN BERHAD
335
MONDI PACKAGING KUALA LUMPUR
336
PERCON CORPORATION SDN. BERHAD
337
PFM CAPITAL HOLDINGS SDN. BERHAD
338
PROJEK LINTASAN KOTA HOLDINGS
339
YA HORNG ELECTRONIC (M) BERHAD
340
VALUECAP SDN. BERHAD
341
UNION POLYMERS SDN. BERHAD
342
TRU-TECH HOLDINGS BERHAD
343
UMW-PNSB SDN. BERHAD
344
TRANSMISSION TECHNOLOGY SDN.
345
TRACOMA HOLDINGS BERHAD
346
TITAN CHEMICALS CORP. BERHAD
347
SJM FLEX SDN. BERHAD
348
SEBOR (SABAH) SDN. BERHAD
349
MK LAND BERHAD
350
CCM BERHAD
351
PERNAS-SOGO BERHAD
352
HALIM MAZMIN BHD
353
SIGMA WATER BERHAD
354
PETRA PERDANA BERHAD
355
KUMPULAN RAHMAN BROTHERS
356
SCAN ASSOCIATES BERHAD
357
TANJUNG OFFSHORE BERHAD
358
TAHAN INSURANCE BERHAD
359
MNI HOLDINGS
360
AKN TECHNOLOGY BERHAD
361
KUALITI ALAM BERHAD
362
PHARMANIAGA BERHAD
363
MELEWAR GROUP
364
ANTAH GROUP
365
PSCI BERHAD
366
ALCATEL NETWORK SYSTEMS (M) BERHAD
367
FORMIS BERHAD
368
EDARAN KOMPUTER BERHAD
369
DAGANG NET TECHNOLOGIES SDN BHD
370
RHYTHM CONSOLIDATED BERHAD
371
SKALI GROUP
372
CREATIVE ADVANCES TECH.SDN BHD
373
CAPITAL INTELLIGENCE ADVISOR
374
RAHIM & CO SDN BHD
375
UTUSAN MELAYU MALAYSIA BERHAD
376
EPIC BERHAD
377
HYRAX OIL SDN BHD
378
FABER GROUP BERHAD
379
INGRESS CORP BERHAD
380
ASIAN COMPOSITE MANUFACTURING
381
COMPETITIVE SUPREME SDN BHD
382
1901 SDN BHD
383
MIMOS BERHAD
384
JARING BERHAD
385
ROAD BUILDERS BERHAD
386
BUMI HIGHWAY BERHAD
387
AMCORP BERHAD
388
KAF DISCOUNT BERHAD
389
BSKL BERHAD
390
IKRAM BERHAD
391
MNRB BERHAD
392
SKS VENTURE BERHAD
393
PERNEC BERHAD
394
MISC BERHAD
395
OSK HOLDINGS BERHAD
396
THE DATAI RESORT
397
THE ANDAMAN RESORT
398
CARCOSA SRI NEGARA
399
THE GOLF CLUB, DATAI BAY
400
SHANGRI LA HOTELS (M) BHD
401
TTPC POWER
402
TOUCH 'N' GO SDN BHD
403
MEPS BERHAD
404
LEBUHRAYA BERTINGKAT KL-AMPANG BHD
405
TNB Capital (L) Ltd.
406
TNB Ventures Sdn. Bhd.
407
Power and Energy International(Mauritius) Ltd.
408
TNB Kulim Distribution Sdn. Bhd.
409
TNB Kulim Generation Sdn. Bhd
410
TNB Coal International Limited
411
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
412
Malaysia Transformer Manufacturing Sdn. Bhd.
413
Sepang Power Sdn. Bhd.
414
Tenaga Switchgear Sdn. Bhd
415
Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd.
416
North Port Sdn Bhd
417
Kontena Nasional Sdn.Bhd.
418
Bina Darulaman Berhad
419
Ahmad Zaki Resources Berhad
420
Penang Port Berhad
421
Kuantan Port Berhad
422
Seloga Berhad
423
KUB Berhad
424
Kumpulan Naim Cendera Bhd
425
Kumpulan Cahaya Mata Sarawak Bhd
426
Amanah Raya Berhad
427
Asean Potash Public Mining Co. Ltd. (Thailand)
428
FELCRA Berhad
429
Felda Holdings Berhad
430
International Rubber Consolidated Limited
431
Kedah Aquaculture Sdn Bhd
432
Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd
433
Malaysia Debt Ventures Berhad
434
Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Berhad
435
Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
436
MARDEC Berhad
437
Prokhas Sdn Bhd
438
Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
439
Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd
440
Tradisi Gemilang Sdn Bhd
441
Assets Global Network Sdn Bhd
442
Bintulu Port Holdings Berhad
443
Bintulu Port Sdn Bhd
444
Kelang Multi Terminal Sdn Bhd (Westport)
445
Keretapi Tanah Melayu Berhad
446
KLIA Consultancy Services Sdn Bhd
447
Kuala Lumpur International Airport Berhad
448
Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd
449
Malaysia Airport Holdings Berhad
450
Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
451
Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
452
Syarikat Prasarana Negara Berhad
453
Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
454
Pembinaan PFI Sdn Bhd
455
Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
456
Astronautic Technology Sdn Bhd
457
Columbia Aircraft Manufacturing Corp. (Formerly Lancair Corp)
458
Commerce Dot Com Sdn Bhd
459
Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd
460
Cyberview Sdn Bhd
461
Inno Bio Ventures Sdn Bhd
462
Khazanah Nasional Berhad
463
Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
464
MIMOS Berhad
465
Multimedia Development Corporation Sdn Bhd
466
PDX Dot Com Sdn Bhd
467
Perwaja Terengganu Sdn Bhd
468
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
469
National Aerospace & Defence Industries Berhad
470
Bakun Hydro-Electric Corporation Sdn Bhd
471
Dataran Perdana Sdn Bhd
472
HVD Holdings Sdn Bhd
473
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
474
Irat Hotels & Resorts Sdn Bhd
475
JKP Sdn Bhd
476
Medical Online Sdn Bhd
477
Pembinaan BLT Sdn Bhd
478
Pengurusan Aset Air Berhad
479
Percetakan Nasional Malaysia Berhad
480
Piramid Pertama Sdn Bhd
481
Pos Malaysia Berhad
482
Professional Services Development Corporation Sdn Bhd
483
Sarawak Hidro Sdn Bhd
484
Sports Toto Malaysia Sdn Bhd
485
Syarikat Perumahan Negara Berhad
486
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
487
NINEBIO Sdn Bhd
488
Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
489
Malaysian Resources Corporation Berhad

Siapa Syed Mokhtar? - 23/09/2002 - utusan malaysia

RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.

Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.

Wartawan Utusan, ZAHARUDDIN MOHD. ALI cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya.

KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.

Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.

Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.

Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.

Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.

Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.

Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.

Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.

Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.

Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.

Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?

Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.

Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.

Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.

Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.

Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.

Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.

Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.

Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.

Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.

Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.

Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.

Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.

``Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.

Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.

Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.

Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.

Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.

Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.


Syed Mokhtar tokoh korporat disegani - 24/09/2002 - utusan malaysia
Daripada seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.

Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.

Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.

Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.

Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.

Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.

``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.

Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.

Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.

Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.

Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.

``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.

``Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''.

Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.


``Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.


Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.

Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.

Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.

Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.

Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.

Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:

``Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.

``Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''.


Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.

Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.

Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.

Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.


Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment