Pages

Monday 30 April 2012

PERCATURAN TAMADUN

Malaysia adalah sebuah negara yang aman didunia statistik negara menunjukan tempat ke 16 antara negara paling selamat/kurang kadar jenayah. Tidak bangga ke kita sebagai warga negara Malaysia duduk berbilang kaum dan etnik boleh hidup dan mendapat taraf pendidikan serta perniagaan yang baik tidak seperti negara-negara ketiga yang lain. Walaupun Malaysia masih berada dalam status negara ketiga jika dibandingkan dengan negara lain Malaysia adalah yang terbaik dan tidak berkemungkinan Malaysia mampu untuk berada di tangga yang terbaik dalam dasar Kerajaan untuk merialisasikan Taraf Kemajuan Negara dan Berpendapatan Tinggi di Malaysia.
Dasar TRANSFOMASI yang dibawa oleh Perdana Menteri adalah tepat bagi Malaysia menuju ke TAMADUN baru dalam alaf sebar moden sekarang. Perubahan dalam sektor Pendidikan ternyata diberi keutamaan untuk melahirkan satu generasi yang bertamadun untuk mencapai Negara Maju dan berwawasan 2020. Ini terbukti dengan pernambahan Generasi yang celik Ilmu di Malaysia ini dilihat dari menambahan Kolej Swasta dan awam yang meningkat dari tahun ke tahun.
Dalam Malaysia mencipta satu tamadun yang hebat dimata dunia memang tidak dinafikan bahawa ada negara yang cemburu dengan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia. Ini kerana Kemajuan Malaysia adalah dasar dimana mengikut paksi keIslaman yang dari dulu diperjuangkan oleh Pemerintah. Bukti adalah Tamadun Islam juga mampu dicipta dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.
Sepatutnya Malaysia boleh berbangga dengan apa yang dikecapi sekarang dan harus diteruskan demi kebaikan bersama. Untuk menjadi negara maju tidak terlepas dari kecaman dari pelbagai pihak yang ingin menjatuhkan empayar Islam di Asia. Argg... terlalu panjang mukadimah ... walau macam manapun aku tetap sedih dengan apa yang berlalu sekarang menunjukan Malaysia sama seperti negara-negara lain yang menggunakan KEKERASAN sebagai jalan untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Telah terbukti dengan Demotrasi yang berlaku baru-baru ini. Perhimpunan amat memalukan dan menyedihkan dimana berlaku pelbagai Insiden dan kerosakan harta benda awam dan polis. Apa yang dijanjikan oleh pihak Penganjur adalah Mereka akan berhimpun dengan Aman dan tidak akan berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini tapi malang sekali sebaliknya yang berlaku. Tamadun yang ciptakan bagai tidak memberi apa-apa kesan kepada peradaban Dunia selama ini. Sungguh memalukan dan menyedihkan. Malaysia yang kini kaya dengan kesopanan dan kemakmuran seperti tudak wujud langsung.
Apa sebenarnya dimahukan oleh para pendemotrasi, apa yang selama ini tidak berpuas hati selama ini, apa yang menjadi persoalan selama ini, apa yang tidak cukup selama ini. ini menjadi tanda tanya. Tidak cukup pendidikan ke? (boleh dikatakan sekarang mejoriti rakyat dapat bersekolah dan boleh melanjutkan perlajaran siap dapat bantuan lagi PTPTN) tidak Cukup Makan ke (dibandingkan dengan negara lain Malaysia adalah kadar paling tinggi menghidap Diebetis ini membuktikan negara Malaysia terlebih makan). Sebenarnya apa lagi diperlukan oleh rakyat. Memang tidak dinafikan sebagai Manusia biasa sentiasa tidak cukup adalah menjadi asam garam kehidupan disebabkan itulah perkara ini berlaku. Menjadi lumrah manusia biasa iak mampu untuk memuaskan semua kehendak rakyat tapi perlu diingatkan bahawa tidak bermaksud kerajaan tidak melakukan kewajipan sebagai pemimpin.
Peristiwa demi peristiwa berlaku ini tidak melemahkan, sebaliknya menjadi lebih kuat dan teguh ini terbukti dengan tertubuhnya pelbagai kemudahan dan insentif oleh pihak kerajaan. Segala kritikan adalah menjadi asas untuk maju kehadapan bagi merielisasikan matlamat sebenar Negara. Lihat disekeliling kita apa yang tidak cukup ini terbukti dengan SEMANGAT PERJUANGAN yang dicapai bersama-sama dalam apa jua keadaan pun PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN dan segala yang berlaku adalah hanya segelintir pihak YANG CEMBURU dengan KEJAYAAN yang diCAPAI oleh KERAJAAN Barisan NAsional.
Biarlah ianya kekal hingga bila-bila sehingga anak cucu kita dapat merasai apa yang dirasai oleh kita sekarang. Ini adalah matlamat sebenar perjuangan. Tindakan segelintir pihak tidak menjejaskan Beradaban TAMADUN yang bakal dicipta oleh MALAYSIA. Kita harus berpengang kepada prinsip rukun negara.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

1. Kepercayaan Kepada TUHAN
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Tiada sesiapa pun yang rugi jika berpengang teguh dengan prinsip negara ini malah menjadi lebih kuat dan teguh bersama. Rukun negara la yang selalu di sebut setiap minggu dari zaman persekolahan lagi Alhamdilillah mungkin kerana ini sebab aku masih teguh mencari keamanan di bumi sendiri dan sentiasa berbangga dengan pencapaian negara.
(Aku sentiasa mencadangankan RUKUN NEGARA INI dilaungkan setiap hari dari sekolah rendah hingga kesekolah menengah biar menjadi tiang kemakmuran negara.)

- Kata-kata dan tulisan ini adalah dari hati sendiri walaupun keadaan menulis penuh dengan kecelaruan kerana keadaan semasa, ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Ingatlah perjuangan masih belum selesai. Jangan dibiar Warisan Kita hilang ditelan zaman biarkan kekal hingga dapat dirasai oleh semua GENERASI.