Tuesday, 9 October 2012
Wednesday, 15 August 2012
Memohon Seribu keAmpunan...
Berat sungguh rasa hati untuk melepaskan bulan Ramadhan yang mana Umat Islam berlumba-lumba mengerjar ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. SubhanaAllah ganjaran pada bulan ramadhan ini sangat tidak dapat digambarkan dan boleh diukur mana-mana manusia dibumi ini kerana ganjarannya hanya Allah SWT layak untuk menilai dan manusia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai Umat Islam di Dunia.
Hampir sebulan umat Islam melalui bulan Ramadhan pula tiba Syawal, terlalu pantas masa berlalu terasa tidak cukup amalan pada bulan ramadhan ini, LM hanya mampu berdoa supaya dapat dipertemukan pada ramadhan yang akan datang... InsyaAllah..
Berkat bulan Ramadhan dan syawal yang bakal tiba LM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon Ribuan Kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki, hidup sesama Islam tidak lari dari melakukan kesilapan. LM juga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang membaca ruangan ini. semoga yang dibaca dapat dinilai oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Keamanan.
LM
JazakaAllah ...
LM juga mahu kongsikan satu atikal yang menarik tidak dapat dipastikan siapa yang menulis harap kita dapat seribu syafaat daripadanya... InshaAllah...
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
�qP��
Saturday, 21 July 2012
Sunday, 13 May 2012
The Zikr - Wahai Mujahid
Wajib kita semua memahami sejarah yang berlaju dan jangan diulangi kesilapan dulu kekalkan keamanan yang ada sekarang InsyaAllah semua akan merasa kebahagiannya .....
Sejarah hari ini sangat memberi kesan kepada semua umat Islam ...
Monday, 30 April 2012
PERCATURAN TAMADUN
Malaysia adalah sebuah negara yang aman didunia statistik negara menunjukan tempat ke 16 antara negara paling selamat/kurang kadar jenayah. Tidak bangga ke kita sebagai warga negara Malaysia duduk berbilang kaum dan etnik boleh hidup dan mendapat taraf pendidikan serta perniagaan yang baik tidak seperti negara-negara ketiga yang lain. Walaupun Malaysia masih berada dalam status negara ketiga jika dibandingkan dengan negara lain Malaysia adalah yang terbaik dan tidak berkemungkinan Malaysia mampu untuk berada di tangga yang terbaik dalam dasar Kerajaan untuk merialisasikan Taraf Kemajuan Negara dan Berpendapatan Tinggi di Malaysia.
Dasar TRANSFOMASI yang dibawa oleh Perdana Menteri adalah tepat bagi Malaysia menuju ke TAMADUN baru dalam alaf sebar moden sekarang. Perubahan dalam sektor Pendidikan ternyata diberi keutamaan untuk melahirkan satu generasi yang bertamadun untuk mencapai Negara Maju dan berwawasan 2020. Ini terbukti dengan pernambahan Generasi yang celik Ilmu di Malaysia ini dilihat dari menambahan Kolej Swasta dan awam yang meningkat dari tahun ke tahun.
Dalam Malaysia mencipta satu tamadun yang hebat dimata dunia memang tidak dinafikan bahawa ada negara yang cemburu dengan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia. Ini kerana Kemajuan Malaysia adalah dasar dimana mengikut paksi keIslaman yang dari dulu diperjuangkan oleh Pemerintah. Bukti adalah Tamadun Islam juga mampu dicipta dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.
Sepatutnya Malaysia boleh berbangga dengan apa yang dikecapi sekarang dan harus diteruskan demi kebaikan bersama. Untuk menjadi negara maju tidak terlepas dari kecaman dari pelbagai pihak yang ingin menjatuhkan empayar Islam di Asia. Argg... terlalu panjang mukadimah ... walau macam manapun aku tetap sedih dengan apa yang berlalu sekarang menunjukan Malaysia sama seperti negara-negara lain yang menggunakan KEKERASAN sebagai jalan untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Telah terbukti dengan Demotrasi yang berlaku baru-baru ini. Perhimpunan amat memalukan dan menyedihkan dimana berlaku pelbagai Insiden dan kerosakan harta benda awam dan polis. Apa yang dijanjikan oleh pihak Penganjur adalah Mereka akan berhimpun dengan Aman dan tidak akan berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini tapi malang sekali sebaliknya yang berlaku. Tamadun yang ciptakan bagai tidak memberi apa-apa kesan kepada peradaban Dunia selama ini. Sungguh memalukan dan menyedihkan. Malaysia yang kini kaya dengan kesopanan dan kemakmuran seperti tudak wujud langsung.
Apa sebenarnya dimahukan oleh para pendemotrasi, apa yang selama ini tidak berpuas hati selama ini, apa yang menjadi persoalan selama ini, apa yang tidak cukup selama ini. ini menjadi tanda tanya. Tidak cukup pendidikan ke? (boleh dikatakan sekarang mejoriti rakyat dapat bersekolah dan boleh melanjutkan perlajaran siap dapat bantuan lagi PTPTN) tidak Cukup Makan ke (dibandingkan dengan negara lain Malaysia adalah kadar paling tinggi menghidap Diebetis ini membuktikan negara Malaysia terlebih makan). Sebenarnya apa lagi diperlukan oleh rakyat. Memang tidak dinafikan sebagai Manusia biasa sentiasa tidak cukup adalah menjadi asam garam kehidupan disebabkan itulah perkara ini berlaku. Menjadi lumrah manusia biasa iak mampu untuk memuaskan semua kehendak rakyat tapi perlu diingatkan bahawa tidak bermaksud kerajaan tidak melakukan kewajipan sebagai pemimpin.
Peristiwa demi peristiwa berlaku ini tidak melemahkan, sebaliknya menjadi lebih kuat dan teguh ini terbukti dengan tertubuhnya pelbagai kemudahan dan insentif oleh pihak kerajaan. Segala kritikan adalah menjadi asas untuk maju kehadapan bagi merielisasikan matlamat sebenar Negara. Lihat disekeliling kita apa yang tidak cukup ini terbukti dengan SEMANGAT PERJUANGAN yang dicapai bersama-sama dalam apa jua keadaan pun PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN dan segala yang berlaku adalah hanya segelintir pihak YANG CEMBURU dengan KEJAYAAN yang diCAPAI oleh KERAJAAN Barisan NAsional.
Biarlah ianya kekal hingga bila-bila sehingga anak cucu kita dapat merasai apa yang dirasai oleh kita sekarang. Ini adalah matlamat sebenar perjuangan. Tindakan segelintir pihak tidak menjejaskan Beradaban TAMADUN yang bakal dicipta oleh MALAYSIA. Kita harus berpengang kepada prinsip rukun negara.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
1. Kepercayaan Kepada TUHAN
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Tiada sesiapa pun yang rugi jika berpengang teguh dengan prinsip negara ini malah menjadi lebih kuat dan teguh bersama. Rukun negara la yang selalu di sebut setiap minggu dari zaman persekolahan lagi Alhamdilillah mungkin kerana ini sebab aku masih teguh mencari keamanan di bumi sendiri dan sentiasa berbangga dengan pencapaian negara.
(Aku sentiasa mencadangankan RUKUN NEGARA INI dilaungkan setiap hari dari sekolah rendah hingga kesekolah menengah biar menjadi tiang kemakmuran negara.)
- Kata-kata dan tulisan ini adalah dari hati sendiri walaupun keadaan menulis penuh dengan kecelaruan kerana keadaan semasa, ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Ingatlah perjuangan masih belum selesai. Jangan dibiar Warisan Kita hilang ditelan zaman biarkan kekal hingga dapat dirasai oleh semua GENERASI.
Monday, 12 March 2012
MB ajar mengucap - Metro 13 Mac 2012
PARIT BUNTAR: Seorang lelaki sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebelum dia meninggal dunia di sisi isterinya yang turut maut akibat kemalangan jalan raya di kilometer 5, Jalan Kuala Gula - Gunung Semanggol, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Saidon Riduan, 65, dan isterinya Fatimah Abdul Kadir, 64, cedera parah apabila Toyota Harrier dinaiki terbalik selepas berlanggar sebuah Land Rover.
Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas memancing ikan di Kuala Gula di sini, berikutan penemuan batang pancing dan ikan sepat bertaburan di belakang kenderaan.
Saksi kejadian, Azlan Che Lob, 30-an, berkata, dia terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda terbalik di bahu jalan.
Menurutnya, apabila sampai ke tempat kejadian, dia mendapati sepasang suami isteri berlumuran darah tersepit dalam kenderaan itu.
“Pada masa sama, Dr Zambry yang kebetulan melalui tempat kejadian berhenti dan meninjau keadaan kedua-dua mangsa.
“Saya lihat Dr Zambry mententeramkan mangsa yang ketika itu nazak. Tanpa rasa takut beliau meminta lelaki berkenaan mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Menurutnya, keadaan menjadi sebak apabila isteri lelaki berkenaan ketika itu sudah meninggal dunia.
“Lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan saya nampak dia sempat melihat wajah isterinya buat kali terakhir sebelum dia turut menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Nayan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Cina di Kuala Kurau.
Anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengeluarkan mayat pasangan suami isteri itu serta pemandu Land Rover yang tersepit.
Difahamkan, Land Rover itu dipandu lelaki berusia 50-an bersama tiga wanita dan dua kanak-kanak perempuan. Semua mereka cedera dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.
Sementara itu, Zambry yang mengulas kejadian itu semalam berkata, dia amat terkejut dengan kemalangan meragut dua nyawa serentak di depan matanya.
“Saya cemas melihat mereka berlumuran darah dalam kereta yang terbalik itu. Saya tidak dapat membantu mengeluarkan mereka yang tersepit kerana bimbang lebih memudaratkan.
“Namun, saya hanya sempat meminta lelaki berkenaan bertenang dan mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian,” katanya
Sumber dari Metro 13 Mac 2012
LM : SubhanaAllah ... tidak boleh digambarkan perasaan tersebut ...
Subscribe to:
Posts (Atom)




