Pages

Friday 28 October 2011

Rintihan Warga Swasta...

Salam..
Cadangan untuk meminda akta tersebut mgkn akan dibuat pada persidangan parlimen Oktober ini..
Pindaan ini akan memudahkan pihak majikan melakukan perkara2 yang mgkn menindas pekerja.. draft telah diedarkan untuk penelitian setiap MP.. dan ia memerlukan mejoriti MP untuk meluluskan..

oleh kerana tiada Senator yg dilantik mewakili persatuan pekerja maka harapan untuk menafikan rang tersebut terletak pada ulasan dan perbahasan MP & senator yg sedia ada..

Bagi mengalakkan pelabur asing masuk ke Malaysia maka Kerajaan merasakan beberapa akta perlu dipinda dan antara pindaan dalam Akta Kerja 1955;
- Majikan boleh mengambil pekerja dari sub-kontraktor dan terlepas dari sebarang tanggungjawab terhadap pekerja
- Notis penamatan pekerja maksimum untuk 4 minggu
- Bayaran untuk kerja lebih masa (OT) boleh dibayar sehingga 30 hari selepas bayaran gaji terakhir dibuat
- Majikan boleh menetapkan waktu pekerja mengikut kehendak mereka (flexible)

hemm  untuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ia pernah dipinda pada Tahun 2007 dan kini hendak dipinda lagi.. dulu mana2 kes dlm mahkamah jika pekerja menang majikan hanya perlu bayar 24 bulan gaji sahaja walaupun kes berlarutan sehingga 5 ke 6 tahun..  dan jika sudah berkerja di tempat lain dlm tempoh perbicaraan 30% gaji akan dipotong..

dalam akta tersebut, pekerja yg dalam tempoh percubaan diberhentikan boleh menuntut kerja semula dengan mengfailkan kes ke JPP dan jika tidak bersalah dia akan mendapat pampasan 1 tahun gaji dan boleh kembali bekerja.. kini ia akan digubal di mana pekerja tersebut tidak boleh menuntut untuk kembali bekerja di situ dan tidak lagi boleh menfailkan kes tersebut di JPP.. 

dalam akta Kesatuan Sekerja 1959.. ia telah menjadi sensitif kepada setiap persatuan sekerja yg ade di Malaysia.. antara yang akan dipinda ialah;
- majikan boleh meminta untuk dikaji semula pengiktirafan mana2 persatuan sekerja delepas 5 tahun
- kakitangan eksekutif dan sekuriti tidak dibenarkan menjadi ahli mana2 kesatuan sekerja.. termasuklah pegawai eksekutif bank..
jika akta2 ini berjaya digubal.. antara kesan yang akan diterima oleh pekerja di malaysia adalah sama seperti pekerja2 di Amarika.. majikan sesuka hati boleh mempergunakan akta2 tersebut untuk menindas pekerja... mgkn antara kita ade yg bernasib baik.. tapi bagaimana yg lain.. anak2 kita.. cucu2 kita.. adakah mereka senasib dgn kita..

LM : aku juga kakitangan swasta yang kerja makan gaji kerajaan nak kakitangan swasta semua memberontak ini antara punca para pembangkang akan mengambil kesempatan dengan apa yang terjadi .... adalah lebih baik pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan drastik dan mengambil pengajaran apa yang berlaku di UK. ingat parti buruh antara salah sebuah parti yang kuat di UK ......

No comments:

Post a Comment