Pages

Thursday 13 October 2011

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi - UTUSAN (13 Oktober 2011)


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.
Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.
Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.
"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.
Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.
Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.
"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my


Punyer la sedih ... lihat sekarang demi kuasa dan wang manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga tidak memikirkan apakah kesan kepada umat manusia lihat Ketua Pembankang berpolitik hanya untuk memecahkan bangsa dan mengidakkan kewujudan melayu di tanah melayu. Berpolitik hanya ingin memberSHITkan nama sahaja perjuangan yang pudar untuk rakyat dan bangsa melayu. Ingat hak Mejoriti rakyat malaysia mesti dikekalkan. Tidak kurang dengan itu ada pula pihak yang mengambil kesempatan menjadi Hero untuk menghancurkan nilai perpaduan yang dibina berabad lamanya. Di sini aku ingin menyampaikan hasrat hati dengan semua pemimpin tak kira berbezaan politik harus mengkaji dan menilai erti perpaduan sesuatu bangsa demi kesejahteraan rakyat. 

Kerajaan yang masih mengamalkan kepentingan sendiri juga harus diingatkan tidak menanguk di air keruh dan menjadikan rakyat sebagai mangsa, kerana ini merugikan GENERASI yang akan datang. Mana sumpah dan setia mu menjaga dan mendaulatkan Tanah Melayu. 


Bertindak untuk GENERASI yang akan datang.

No comments:

Post a Comment